
KUALA LUMPUR - Caltex Malaysia mengumumkan beberapa stesen minyaknya di lima negari iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan akan mengalami gangguan sementara bekalan petrol RON95 dan Diesel.
Dalam kenyataannya di Facebook, Caltex memaklumkan gangguan itu adalah untuk beberapa hari bermula semalam.
“Hal ini disebabkan oleh kelewatan tidak dijangka di pelabuhan, yang menjejaskan jadual penghantaran kami.
“Kami sedang mengambil langkah-langkah untuk mempercepatkan penghantaran dan meminimumkan gangguan,’’ katanya.
Syarikat minyak itu turut memohon maaf atas sebarang kesulitan dan berterima kasih dia atas kesabaran dan pemahaman berterusan pelanggannya.
Perang AS-Israel dengan Iran sejak 28 Februari lalu merupakan antara gangguan terbesar terhadap bekalan minyak dan gas global, terutama penutupan Selat Hormuz.
Ia merupakan laluan strategik yang mengendalikan kira-kira 20 peratus bekalan minyak global. - 18 April, 2026
The post RON95, diesel di beberapa stesen Caltex Malaysia di lima negeri alami gangguan sementara appeared first on Scoop.





