RON95 Turun, Tiada Kenaikan Kadar Tol, Manfaatkan M40

LocalPolitics
24 Jul 2025 • 10:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Nampaknya, pengumuman yang dibuat Perdana Menteri mengenai penurunan harga minyak RON95 ke RM1.99 seliter serta pengekalan kadar tol membabitkan 10 konsesi lebuh raya dilihat cukup memanfaatkan kepada kumpulan isi rumah pertengahan (M40).

Ini kerana, memetik kenyataan akhbar Berita Harian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengguna yang paling ramai menggunakan kenderaan seperti kereta dan melalui jalan bertol adalah golongan berkenaan.

"Kalau tengok RON95, (harga turun kepada) RM1.99 dan beberapa langkah lain umpamanya untuk yang M40. Tol, kalau kita tengok B40, kebanyakannya boleh jadi pakai motosikal, (penggunaan) minyaknya kecil.

"M40, kebanyakannya (menggunakan) motokar (kereta), jadi (penggunaan) minyak itu lebih tinggi," katanya selepas berucap pada majlis perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan, di sini pagi ini.

image is not available

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kekeliruan membabitkan maklumat mengenai bantuan kerajaan, berpunca daripada kelemahan komunikasi dalam penyampaian.

Semalam, Perdana Menteri antara lain mengumumkan penyasaran subsidi harga petrol RON95 yang diturunkan daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter untuk rakyat Malaysia dengan perinciannya akan diumumkan pada hujung September nanti.

Turut diumumkan adalah penangguhan kenaikan kadar tol bagi 10 lebuh raya di seluruh negara.