RON97 Turun 20 Sen, RON95 Tanpa Subsidi Turun 15 Sen

LocalBusiness & Finance
27 May 2026 • 8:29 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

RON97 Turun 20 Sen, RON95 Tanpa Subsidi Turun 15 Sen

KUALA LUMPUR - Harga petrol RON97 turun 20 sen kepada RM4.65 seliter, manakala RON95 tanpa subsidi turun 15 sen kepada RM3.92 seliter.

Jurucakap Kementerian Kewangan berkata, harga diesel di Semenanjung Malaysia pula turun 10 sen kepada RM4.87 seliter.

Menurut beliau, RON95 yang dijual di bawah skim BUDI95 kekal pada harga RM1.99 seliter, sementara diesel di Malaysia Timur kekal pada RM2.15 seliter.

Katanya, kerajaan akan terus mengambil pendekatan berhemah bagi melindungi pengguna daripada turun naik harga, sambil memastikan bekalan stabil di seluruh negara.

“Keadaan pasaran masih rapuh, dengan harga minyak mentah Brent masih sekitar AS$100 setong, iaitu lebih 50 peratus lebih tinggi berbanding paras sebelum konflik sekitar AS$60 hingga AS$70 setong,” katanya. – Getaran, 27 Mei 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved