Ronaldinho sertai Liga Itali, buru gol ke-300

FootballSports
21 Aug 2026 • 10:45 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ronaldinho sertai Liga Itali, buru gol ke-300

RAVENNA, Itali: Bekas bintang Brazil, Ronaldinho, yang bersara daripada bola sepak pada 2015, bakal membuat kemunculan semula selepas 11 tahun apabila menyertai kelab divisyen tiga Itali, Ravenna, dengan misi menjaringkan “gol ke-300”.

Ronaldinho, 46, yang pernah menjulang Piala Dunia 2002 dan memenangi Ballon d’Or pada 2005, menamatkan karier gemilangnya selepas beraksi dalam perlawanan rasmi terakhir bersama kelab Brazil, Fluminense pada September 2015.

“Saya sangat gembira berada di sini bersama rakan-rakan. Kami mempunyai pasukan yang mampu melakukan sesuatu yang baik,” katanya ketika diperkenalkan kepada penyokong di sebuah pantai di Ravenna.

“Adakah anda akan melihat saya bermain? Saya tidak tahu, hanya jurulatih yang mengetahuinya. Kembali ke Itali adalah sesuatu yang hebat dan saya berada di sini untuk membantu rakan sepasukan meraih kemenangan.

“Seperti yang anda lihat, saya berada dalam keadaan baik dan berasa sihat. Jika saya dapat menjaringkan gol ke-300, ia pasti lebih bermakna.”

Kemunculan semula Ronaldinho itu diumumkan pada Jun lalu ketika berlangsungnya Piala Dunia di Miami oleh pemilik Ravenna, Ignazio Cipriani, seorang ahli perniagaan Itali-Amerika yang mengambil alih kelab tersebut pada 2024.

“Matlamatnya adalah sesuatu yang romantik, iaitu cuba menjaringkan gol terakhirnya,” kata Cipriani.

“Penglibatannya bukan sekadar simbolik atau gimik pemasaran untuk membuatkan orang bercakap mengenai kami.”

Cipriani turut mengesahkan Ronaldinho akan menjadi pemegang saham kelab berkenaan, namun tidak akan diturunkan ketika Ravenna menentang Reggiana pada Isnin dalam aksi pembukaan musim Serie C.

Ronaldinho menjaringkan 33 gol dalam 97 penampilan bersama Brazil.

Ravenna menamatkan saingan di tempat ketiga Kumpulan B divisyen tiga musim lalu dan kini menyasarkan tiket kembali ke Serie B, selepas kali terakhir beraksi di liga tersebut pada 2008. – AFP

The post Ronaldinho sertai Liga Itali, buru gol ke-300 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved