
RIYADH – Cristiano Ronaldo akhirnya membuka mulut mengenai kontroversi meninggalkan kem Portugal sambil menegaskan insiden berkenaan tidak bermakna dia mahu ‘bersara’ daripada pentas antarabangsa.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Ronaldo memohon maaf kepada rakan sepasukan dan penyokong Portugal selepas meninggalkan kem skuad kebangsaan secara mengejut minggu lalu.
Namun, pemain berusia 41 tahun itu tetap mempertahankan tindakannya yang berpunca daripada sikap jurulatih, Jorge Jesus selepas memungkiri janji untuk tidak memberikan minit permainan kepadanya.
“Saya mohon maaf kepada rakan sepasukan dan saya tidak sepatutnya buat perkara itu walaupun saya sudah tidak percaya sepenuhnya dengan jurulatih. Kesalahan itu saya pikul sepenuhnya,” katanya.
Menurut Ronaldo, Jesus telah mengarahkannya bersedia untuk beraksi selama 30 minit ketika bertemu Norway minggu lalu sehingga memanas badan sejak separuh masa, namun tidak diturunkan sehingga tamat perlawanan.
“Jurulatih gagal menunaikan janjinya dan ia memberi kesan besar kepada saya.Selepas itu, saya merasakan kehadiran tidak dihargai dan hanya memudaratkan pasukan, jadi lebih baik saya pergi (kembali bersama kelab Al Nassr),” katanya.
Sementara itu, pemain berusia 42 tahun itu bersedia untuk menerima hukuman termasuk penggantungan daripada Persatuan Bola Sepak Portugal tetapi mengesahkan belum masa untuk ‘gantung but’.
“Saya sedia dengan sebarang kemungkinan jika dihukum. Cuma, saya bukan sekadar pemain biasa, saya adalah kapten pasukan. Apa yang pasti, saya akan sentiasa bersedia jika dipanggil kembali bersama pasukan kebangsaan,” katanya. – AGENSI
The post Ronaldo dedah punca konflik appeared first on Kosmo Online.



