Ronaldo enggan sertai perlawanan perpisahan buat kali terakhir bersama Portugal?

Football
6 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Ronaldo enggan sertai perlawanan perpisahan buat kali terakhir bersama Portugal?

Kurang 24 jam Cristiano Ronaldo umum persaraan, Persekutuan Bola Sepak Portugal (PFF) telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka enggan membiarkan keputusan kapten mereka itu gantung but tanpa perlawanan perpisahan khas.

Namun, dikhabarkan Ronaldo pula enggan bermain apa-apa perlawanan perpisahan susulan pengumumannya itu, ia dikaitkan dengan hubungan kurang baik bersama ketua jurulatih Portugal, Jorge Jesus.

 

 

 

 

Mengikut laporan dari media Portugal, sepatutnya wujud panggilan telefon antara Cristiano dan Jorge Jesus yang diatur oleh Presiden PFF, Pedro Proença, tetapi tidak terjadi susulan Ronaldo enggan bercakap bersama ketua jurulatihnya itu.

Begitupun, tidak semua yang terjadi dalam persaraan Cristiano diselubungi kontroversi. Ini apabila Presiden Portugal, Antonio Jose Seguro, ambil peluang untuk berterima kasih kepada ikon dunia itu.

"Bagi pihak Portugal, saya mengucapkan terima kasih kepada Cristiano Ronaldo atas cara beliau mewakili pasukan kebangsaan, memberi inspirasi kepada rakyat Portugal dan mengharumkan nama Portugal di seluruh dunia.

 

 

 

 

"Saya bayangkan bahawa ini merupakan hari yang paling sukar dalam karier Cristino -- Saya yakin dia sentiasa dapat sokongan penuh dari rakyat Portugal." kata Antonio dalam kenyataan rasmi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved