Ronaldo Sahkan FIFA World Cup 2026 Pentas Piala Dunia Terakhirnya [Video]

FootballSports
7 Jul 2026 • 1:27 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ronaldo Sahkan FIFA World Cup 2026 Pentas Piala Dunia Terakhirnya [Video]

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebut sahaja mengenai Cristiano Ronaldo, tak dinafikan ramai mengidola figura ini khususnya dalam dunia bola sepak.

Awal pagi ini (7 Julai) peminat bola sepak menyaksikan pasukan Sepanyol menewaskan Portugal dengan kemenangan 1-0. Kemenangan ini sekali gus meleburkan impian Portugalkan khususnya kapten pasukan, Cristiano Ronaldo untuk mara ke suku akhir Piala Dunia 2026.

Cristiano Ronaldo sahkan Piala Dunia 2026 adalah kemunculan terakhirnya, belum bersara sepenuhnya dalam dunia bola sepak

Terbaharu, Ronaldo mengesahkan kepada media Piala Dunia (FIFA World Cup) 2026 ini adalah kemunculan terakhirnya di pentas berprestij itu. Walau bagaimanapun, bintang bola sepak itu memaklumkan dia belum bersara daripada sukan berkenaan dan tidak menutup pintu untuk muncul dalam pasukan kebangsaan.

Memetik laporan ESPN, Ronaldo mengakui sedih untuk meninggalkan kejohanan bola sepak terulung itu.

Akui sedih tinggalkan Piala Dunia

“Saya sedih meninggalkan Piala Dunia dengan cara ini.

“Seperti yang saya katakan semalam, saya telah memberikan segalanya, dan saya pergi dengan hati yang tenang. Itu adalah kehidupan sebagai seorang pemain bola sepak. Anda perlu terus kedepan.

“Ia adalah Piala Dunia terakhir saya, ya. Tetapi untuk yang lainnya, ada masa untuk berfikir, untuk bersama keluarga saya dan tidak mengatakan sesuatu dalam keadaan tegang,” ujarnya.

Dah sumbang kemenangan untuk Portugal dalam kejohanan lain

Menurut bintang berusia 41 tahun itu, dia telah menyumbang kemenangan kepada Portugal dalam Kejohanan Eropah pada 2016 serta dua gelaran Liga Negara-Negara UEFA, namun Piala Dunia kekal sebagai hadiah yang sukar dicapai.

“Saya telah memberikan segala-galanya. Saya telah memenangi tiga gelaran bersama Portugal

“Gelaran (Euros) 2016 berada pada tahap yang sama seperti Piala Dunia,” ujarnya lagi.

Tinggalkan Piala Dunia dengan hati yang tenang

Perkara itu dimaklumkan oleh Kapten Portugal tersebut sewaktu penghujung sidang media menjelang aksi pusingan suku akhir.

Jelas Cristiano Ronaldo, dia akan meninggalkan kejohanan Piala Dunia tersebut dengan hati yang tenang tanpa mengira sebarang keputusan yang akan diraih oleh pasukannya (Portugal).

“Biarlah ini menjadi Piala Dunia Terakhir saya. Ya (saya sahkan) ini adalah Piala Dunia terakhir saya,” ujarnya, lapor Kosmo.

Tegaskan belum putuskan lagi untuk bersara daripada arena bola sepak

Untuk info sebelum ini, Ronaldo enggan mengesahkan adakah edisi kali ini adalah penampilan terakhirnya, ini kerana akan berusia 45 tahun pada Piala Dunia 2030.

Ronaldo juga menegaskan keputusan untuk mengakhiri kerjaya sebagai pemain bola sepak belum lagi diputuskan serta akan melakukannya mengikut naluri sendiri.

“Saya akan menamatkan karier apabila jiwa saya sendiri membuat keputusan. Anda semua sentiasa bertanya soalan yang sama, adakah ini yang terakhir?

“Kita lihat nanti. Saya tidak mahu memberikan tumpuan kepada perkara itu, tidak kira apa yang berlaku selepas ini, saya hanya akan meninggalkan pentas ini dengan hati yang benar-benar tenang.

“Apa yang pasti, saya telah memberikan segala yang saya mampu kepada bola sepak. Saya bermain selama ini kerana minat, bukannya kerana keperluan.

“Syukur, kehidupan saya sudah cukup baik, tetapi saya terus bermain kerana saya cintakan bola sepak dan saya amat bangga mewakili skuad kebangsaan.”

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved