Ronaldo semakin hampiri impian

FootballSports
31 Oct 2026 • 9:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ronaldo semakin hampiri impian

RIYADH – Cristiano Ronaldo semakin hampir merealisasikan impian memburu 1,000 gol sepanjang karier profesional selepas meledak hatrik ketika membantu Al-Nassr menewaskan Al-Kholood 5-3 dalam aksi Liga Pro Saudi, awal pagi semalam.

Penyerang berusia 41 tahun itu hanya memerlukan 15 jaringan lagi untuk mencapai angka keramat berkenaan selepas menambah tiga gol menerusi ledakan dalam tempoh 15 minit pada aksi tersebut.

Ketika kedudukan terikat 2-2, Ronaldo mencuri tumpuan apabila meledak tiga gol pantas pada minit ke-66, 72 dan 81 untuk memastikan Al-Nassr membawa pulang kemenangan.

Kejayaan itu menyaksikan koleksi jaringan sepanjang kariernya kini meningkat kepada 985 gol, sekali gus menjadikan misi mencipta sejarah dengan mencapai 1,000 gol semakin hampir menjadi kenyataan.

“Jaringan yang hebat, persembahan pasukan yang hebat. Gembira dapat membantu dengan hatrik,” katanya selepas tamat perlawanan.

Ronaldo sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk mencapai angka 1,000 gol, dengan syarat dia mampu mengelak kecederaan yang boleh menjejaskan kariernya.

“Memburu 1,000 gol sudah menjadi impian serta kemuncak karier saya dalam bola sepak tetapi saya perlu kekal cergas dan bebas daripada kecederaan,” katanya.

Bekas bintang Real Madrid itu turut mengukuhkan status sebagai penjaring terbanyak dalam sejarah bola sepak dengan 985 gol, mengatasi Lionel Messi yang meraih 936 jaringan.

Ronaldo baru-baru ini telah mencipta fenomena tersendiri apabila dipilih jadi pemenang Ballon d’Or terbaik sepanjang zaman selain pemain pertama mengumpul pendapatan melebihi AS$2 bilion (RM8.1 bilion). – AGENSI

The post Ronaldo semakin hampiri impian appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved