Rosakkan bahan kempen PH? BN nafi tuduhan tak berasas – “Jangan cipta persepsi buruk”

LocalPolitics
1 Jul 2026 • 9:38 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Barisan Nasional (BN) menolak sekeras-kerasnya dakwaan yang mengaitkan gabungan itu dengan kejadian merosakkan bendera serta bahan kempen Pakatan Harapan (PH) sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Nafi tuduhan tak berasas

Image from: Rosakkan bahan kempen PH? BN nafi tuduhan tak berasas – “Jangan cipta persepsi buruk”

Memetik laporan MalaysiaGazette, Ketua Penerangan BN Johor, Md Israk Abdullah menegaskan, BN negeri sama sekali tidak pernah mengeluarkan arahan, menggalakkan atau merestui sebarang tindakan berbentuk vandalisme politik.

“Kita berkempen secara matang, berfakta dan berdisiplin. Jangan ada pihak cuba mengambil kesempatan menjadikan insiden ini sebagai modal untuk memburukkan nama BN tanpa bukti yang jelas.
“Kita minta pihak berkuasa menyiasat perkara ini secara telus supaya pelaku sebenar dikenal pasti, sama ada ia perbuatan individu tidak bertanggungjawab atau cubaan mencipta persepsi buruk terhadap BN,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, BN Johor tidak akan teragak-agak membuat laporan polis sekiranya terdapat mana-mana pihak yang memfitnah atau mengaitkan parti itu dengan insiden berkenaan tanpa sebarang asas.

Image from: Rosakkan bahan kempen PH? BN nafi tuduhan tak berasas – “Jangan cipta persepsi buruk”

Sebelum ini, beberapa papan iklan yang memaparkan poster calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N35 Pasir Raja, Fakharuddin Moslim, di tepi jalan di Kota Tinggi dilaporkan telah dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Artikel lain: PRN Johor: PM Anwar rayu rakyat beri mandat kepada calon PH

Dalam kejadian berasingan di Kluang, sebanyak 10 bendera PH bagi kerusi DUN N28 Mengkibol serta tiga papan gambar calon PH turut didapati dirosakkan sebelum dibuang oleh individu tidak bertanggungjawab.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh dilaporkan berkata, semua bahan kempen itu ditemukan di dalam longkang di Jalan Chong Hwa dan Jalan Aman, Taman Aman, pada awal pagi semalam.

Sumber: MalaysiaGazette (Zulhisham Isahak)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved