Rosakkan Rumah Tangga Usia 50 Tahun, Mahkamah Arah ‘Penyondol’ Bayar Ganti Rugi RM200K Kepada Suri Rumah

LocalPolitics
17 Feb 2025 • 11:02 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Berita Harian, Mahkamah Tinggi telah mengarahkan wanita berusia 38 tahun yang merupakan seorang perempuan simpanan untuk membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 kepada seorang suri rumah.

Suami diarah bayar nafkah & kos guaman lebih RM200,00

Malah, Hakim turut memerintah suami yang hanya dikenali sebagai PAI untuk membayar nafkah sebanyak RM205,000 kepada bekas isteri yang dikenali sebagai HAI.

image is not available

Dalam pada masa yang sama, PAI turut diperintahkan untuk membayar RM50,000 kepada bekas isteri untuk kos guaman.

Perintah itu dibuat oleh Hakim selepas lelaki terbabit didapati melakukan perzinaan biarpun dia menafikannya, termasuk mendakwa dirinya sudah mati pucuk.

Gagal beri bukti kukuh, aset perlu dibahagi sama rata

Mahkamah tidak menerima alasan yang diberikan kerana mendapati responden gagal memberi bukti kukuh seperti laporan doktor atau rekod perubatan bagi menyokong pendakwaan.

image is not available

Dalam pada itu, si suami juga diarahkan untuk membahagikan aset perkahwinan sama rata dengan bekas isteri termasuk hartanah, simpanan emas dan pegangan saham dalam syarikat.

image is not available 4 months ago

"Berpada-Padalah, Silap Langkah Ke Mahkamah Terus" - 'Prank' Curang Sempena Hari Jadi Isteri, Teruk Si Suami Dikecam Netizen