Rossa Agih Zakat RM122,000 Kepada Mangsa Bencana Banjir Di Sumatera

WorldEntertainment
31 Dec 2025 • 4:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penyanyi tersohor Indonesia, Datuk Seri Rossa, sekali lagi menarik perhatian ramai apabila beliau menyalurkan zakat berjumlah RM133,500 (Rp500 juta) bagi membantu mangsa banjir dan tanah runtuh di beberapa wilayah di Sumatera.

Bantuan tersebut disalurkan melalui organisasi kemanusiaan seperti KitaBisa dan Partner in Goodness, selain agihan secara langsung di lokasi bencana bagi memastikan sumbangan tersebut sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan dengan kadar segera.

Apa yang menarik perhatian adalah ketelitian bantuan yang diberikan, di mana ia tidak hanya tertumpu kepada keperluan asas tetapi juga melibatkan aspek teknologi.

 

View this post on Instagram

 

Selain pembinaan khemah sementara dan fasiliti sanitasi (MCK), zakat tersebut turut digunakan untuk menyediakan set jana kuasa (genset) dan akses komunikasi melalui peranti Starlink.

Menerusi perkongsian di media sosial, Rossa menjelaskan bahawa Sumatera mempunyai nilai sentimental yang tinggi dalam perjalanan karier seninya.

Beliau menyifatkan sokongan peminat di wilayah tersebut sebagai salah satu tunjang kejayaannya, justeru beliau merasa terpanggil untuk membantu apabila bencana melanda.

Dalam pada itu, Rossa turut menzahirkan rasa syukur atas penglibatan ramai pihak yang sudi menghulurkan sumbangan dan berharap agar bantuan tersebut dapat meringankan beban para mangsa dalam mendepani saat-saat sukar ini.

Sumber: Jawa Pos

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.