Rossa Sera Dakwa Video Lama Tersebar, Ada Pihak Cuba Buka Aib

Entertainment
24 Apr 2024 • 2:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hari ini, tular satu video seorang wanita mirip dengan bekas isteri kepada pelawak, Shuk Sahar iaitu Rossa Sera dilihat telah dicium mesra oleh seorang lelaki. Video tersebut memperlihatkan bahawa wanita tersebut tidak memakai hijab sambil memakai pelitup muka.

Terpanggil dengan isu tersebut, Rossa Sera tampil memberikan kenyataan balas terhadap penularan video itu menerusi IG Story miliknya.

Menurut Rossa Sera, video tersebut merupakan video lama dan dia kini sudah tiada sebarang hubungan dengan lelaki di dalam video itu. Bahkan, dia juga menegaskan bahawa dia pernah membuat laporan polis berkenaan dengan video ini.

“Sera dah bersama orang lain sekarang tolong move on, sebab dulu pernah buat polis report pasal ni sebab pihak tertentu cuba mengaibkan video-video Sera.”

Jelas Sera lagi, dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis kepada mana-mana pihak yang cuba membuka aibnya dengan video lama.

image is not available

Untuk rekod, Rossa Sera didakwa ada menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang berstatus suami orang dan ada juga desas-desus yang mengatakan Rossa Sera masih menjalinkan hubungan dengan lelaki tersebut biarpun isterinya sudah menggesa untuk tidak mengganggu rumah tangganya.

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.