Rosyam Nor Luah Rasa Marah, Dakwa Doktor Cuai Sampai 3 Jari Cucu Melekat – “Sekarang Dia Dah Cacat”

LocalHealth & Fitness
23 Jun 2025 • 12:23 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pelakon popular iaitu Datuk Rosyam Nor telah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seorang doktor yang merawat cucunya.

Menerusi podcast Hitam Putih Kehidupan, Rosyam Nor itu mendawa seorang doktor di sebuah pusat perubatan telah menyebabkan kecacatan terhadap cucunya.

image is not available

Cucu saya yang kedua, tiga jari tangan dia terkena air panas sebab air tumpah.

 

Dia masuk hospital swasta. Bangangnya doktor ni, dia balut ketiga-toga jari itu sekali.

Jelas pelakon yang berusia 58 tahun itu, cucunya terpaksa menjalani pembedahan sehingga tiga kali.

Tiga kali cucu saya menjalani pembedahan sampai dia kata ‘saya tak nak mati’.

 

Akhirnya, jari cucu saya melekat (ketiga-tiganya). Yang kau pergi balut tu kenapa? Sekarang cucu aku dah cacat. Sekarang bila dia bercakap dengan orang, dia akan sorokkan tangan dia.

Dalam pada itu, Rosyam Nor kemudiannya bertanya kepada panel jemputan yang merupakan seorang perunding kesihatan, Dr. Muhammad Azrai sama ada dia boleh mengambil tindakan undang-undang atau tidak.

Walaupun perkara tu dah lama berlaku, boleh ke saya nak saman dia?

Kata Dr Azrai, pelakon itu boleh meneruskan saman jika masih rasa tidak berpuas hati.

Terpulang pada awak, kalau rasa tak puas hati teruskan buat aduan dan kemudian mereka akan bawa isu ini ke saluran yang seterusnya.

@suhanchannelofficial “Cucu aku sampai insecure…” SETIAP HARI AHAD | 9 MALAM | YOUTUBE SUHAN CHANNEL DAN USANITA @Rosyam Nor @Nanahasan_07 @usanita.hq #podcasthitamputihkehidupan #podcast #countdown #suhanchannel ♬ original sound – Suhan Channel Official

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berkongsi pengalaman masing-masing apabila dirawat di hospital swasta.

image is not available image is not available

Malah, ada juga yang menggesa agar pelakon itu mengambil tindakan terhadap doktor berkenaan.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 5 months ago

“Simpan Saja Niat Baik Kau Rosyam” - Erma Fatima Tolak Cadangan Rosyam Nor Nikahi Fattah Amin, Akui Nafsu Untuk Berkahwin Dah Tertutup