Rosyam Nor Dedah Doktor Cuai Sehingga Cucu Cacat

LocalFamily & Parenting
23 Jun 2025 • 11:23 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia rosyam nor jari cucu

Pelakon senior yang cukup dikenali ramai, Datuk Rosyam Nor baru-baru ini meluahkan rasa kecewa dan marah terhadap seorang doktor yang didakwa cuai ketika merawat cucunya.

Perkongsian penuh emosi itu dibuat menerusi podcast Hitam Putih Kehidupan yang jelas menunjukkan betapa dalamnya luka hati seorang datuk.

Tiga jari cucu Rosyam Nor melekat lepas dibedah…

image is not available

Menurut Rosyam, cucu keduanya mengalami kecederaan serius selepas terkena air panas. Namun apa yang menyedihkan, rawatan yang diberikan doktor dikatakan lebih memburukkan keadaan.

Cucu saya yang kedua tiga jari tangannya terkena air panas kerana air tersebut tumpah. Kemudian dia masuk ke sebuah hospital swasta. Bangangnya doktor ini, dia balut ketiga-tiga jari itu sekali.

Tiga kali cucu saya menjalani pembedahan sampai dia berkata, ‘saya tak nak mati.’ Akhirnya, jari cucu saya melekat (ketiga-tiganya). Yang kau pergi balut tu apa hal? Sekarang cucu aku dah cacat!

Kesan daripada kecuaian itu masih dirasai hingga ke hari ini. Menurut Rosyam, cucunya kini berasa malu untuk berdepan dengan orang ramai.

Sekarang bila dia bercakap dengan orang, dia akan sorokkan tangannya.

Rosyam Nor persoal adakah masih boleh buat saman?

image is not available

Dalam sesi podcast tersebut, Rosyam turut meminta pandangan panel jemputan, Dr. Muhammad Azrai, sama ada beliau boleh mengambil tindakan undang-undang walaupun kejadian itu sudah lama berlaku.

Jawapan daripada Dr. Azrai cukup jelas, kalau tak puas hati, teruskan buat aduan.

Terpulang pada awak, kalau rasa tak puas hati teruskan buat aduan dan kemudian mereka akan membawa isu ini ke saluran yang seterusnya.

Perkongsian Rosyam bukan sahaja menarik perhatian, malah mendapat sokongan penuh daripada netizen. Ramai yang mendesak agar tindakan undang-undang diambil terhadap doktor yang terlibat supaya kejadian sama tak berulang.

@suhanchannelofficial

“Cucu aku sampai insecure…” SETIAP HARI AHAD | 9 MALAM | YOUTUBE SUHAN CHANNEL DAN USANITA @Rosyam Nor @Nanahasan_07 @usanita.hq #podcasthitamputihkehidupan #podcast #countdown #suhanchannel

♬ original sound – Suhan Channel Official – Suhan Channel Official

Pssttt! Tak kiralah siapa kita, bila bab melibatkan nyawa dan masa depan anak kecil, setiap orang patut bertanggungjawab. Kalau benar ada kecuaian, tindakan mesti diambil. Kes macam ni bukan sahaja tentang keadilan, tapi untuk lindungi pesakit lain dari jadi mangsa. Kami doakan Rosyam dan keluarganya terus kuat hadapi ujian ini.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.