Roti Keluaran GISB Tidak Memiliki Logo Halal Yang Sah – JAKIM

Entertainment
15 Sep 2024 • 2:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengesahkan salah satu produk keluaran Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings, Roti Ikhwan tidak memiliki sijil halal yang sah.

Perkara itu timbul selepas sebuah akaun Facebook, Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS) mendedahkan perkara itu dengan mempersoalkan kesahihan logo pada produk berkenaan.

JAKIM dalam kenyataan rasmi hari ini mengesahkan perkara itu dalam satu hantaran di akaun Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM.

image is not available image is not available

 

Dalam kenyataan itu, pihak JAKIM memaklumkan kepada orang ramai untuk melaporkan sebarang penyalahgunaan logo halal atau pemalsuan sijil pengesahan halal. Perkara ini adalah bagi memastikan kredibiliti pengesahan halal dari JAKIM dipatuhi oleh pengusaha dan pengendali makanan.

 

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.