
KUALA LUMPUR: Pusingan 6 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2026 yang dijadualkan berlangsung di LYL International Karting Circuit akan ditunda selama seminggu.
Pada asalnya, perlumbaan tersebut dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 4 Oktober 2026, namun kini akan diadakan pada 10 hingga 11 Oktober 2026.
Menurut Safe Aim Mutual Sdn Bhd, perubahan tarikh itu dibuat bagi mengelakkan pertindihan jadual dengan F1 Gulf Air Bahrain Grand Prix yang akan berlangsung di PETRONAS Sepang International Circuit dari 2 hingga 4 Oktober 2026.
Penjadualan semula ini bertujuan memastikan tiada pertindihan antara dua acara permotoran utama, sekali gus memberi ruang kepada semua pihak untuk memberi tumpuan kepada setiap acara yang berlangsung.
Safe Aim Mutual Sdn Bhd turut memaklumkan bahawa pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan LYL International Karting Circuit serta rakan-rakan berkaitan bagi memastikan persiapan dan perjalanan Pusingan 6 berjalan lancar mengikut tarikh baharu.
Pihak penganjur turut memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul akibat perubahan tersebut dan merakamkan penghargaan kepada semua pasukan, pelumba, penaja, rakan kerjasama serta peminat atas sokongan dan pemahaman yang diberikan.
Dengan perubahan ini, Pusingan 6 Malaysian Cub Prix 2026 di LYL International Karting Circuit kini akan berlangsung pada 10 dan 11 Oktober 2026.
The post Round 6 Cub Prix Ditunda Seminggu, Kini Berlangsung 10–11 Oktober 2026 appeared first on TW Media.



