RPN 2026-2035: Prasekolah Mulai Usia Lima Tahun, Tahun 1 Mulai Usia Enam Tahun

LocalFamily & Parenting
20 Jan 2026 • 2:06 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

RPN 2026-2035: Prasekolah Mulai Usia Lima Tahun, Tahun 1 Mulai Usia Enam Tahun

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan perubahan struktur pendaftaran pendidikan awal kanak-kanak melibatkan prasekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan.

Pengumuman tersebut dibuat ketika majlis pelancaran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 di Putrajaya hari ini.

Perubahan yang dilaksanakan melibatkan kemasukan pendidikan prasekolah bermula pada usia lima tahun, manakala Tahun 1 pula pada usia enam tahun.

BACA: SARA Mula Disalurkan Kepada 3.1 Juta Penerima Bujang Hari Ini

Walau bagaimanapun, beliau memaklumkan bahawa perkara ini belum diwajibkan pada tahun hadapan bagi memberi ruang kepada ibu bapa yang belum bersedia.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta menambah baik kemudahan khusus kepada guru.

“Kita juga akan pastikan kemudahan guru, bilik guru diperbaiki,” umum Anwar.

Berita lanjut menyusul.

BACA: Lepas Lampu Hijau, Lampu Merah Pula Dinyalakan Di PPUM

BACA: NASA Buka Peluang Orang Awam Hantar Nama ‘Naik’ Roket Keliling Bulan, Ini Caranya

Sumber: Siaran langsung Astro Awani

The post RPN 2026-2035: Prasekolah Mulai Usia Lima Tahun, Tahun 1 Mulai Usia Enam Tahun appeared first on Siakap Keli.