Kanak-kanak lima tahun maut tercekik biji rambutan

LocalFamily & Parenting
20 Jan 2026 • 6:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mangsa disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Kemaman.

KEMAMAN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia selepas tercekik biji rambutan dalam kejadian di sebuah rumah di Felda Neram 1 di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari ketika mangsa sedang makan buah rambutan bersama kakaknya yang berusia enam tahun.

Menurutnya, kakak mangsa telah mengupas buah rambutan sebelum memberikannya kepada mangsa dan mereka makan bersama.

"Ketika sedang makan, tiba-tiba suara mangsa tersekat-sekat dipercayai akibat biji rambutan yang dimakan tersangkut di kerongkong," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.50 petang hari sama.

"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disahkan akibat tercekik (choked) dan doktor turut mengesahkan terdapat biji rambutan di dalam kerongkong mangsa," ujarnya.