
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil sebentar tadi mengumumkan Radio TV Malaysia (RTM) dan Unifi TV akan menjadi penyiar rasmi sah Piala Dunia 2026. Pengumuman tiba 37 hari sebelum temasya sukan empat tahun sekali ini berlangsung di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat. Sepak mula pertama ialah pada 11 Jun dengan ia berakhir pula pada 19 Julai depan.

Fahmi mengatakan siaran Piala Dunia 2026 boleh dinikmati menerusi TV percuma, TV digital MyTV, aplikasi RTM Klik dan Unifi TV. Ini adalah bagi memberikan akses menyeluruh ke seluruh negara. Sebagai penyiar rasmi, kesemua 104 perlawanan akan disiarkan secara langsung menerusi Unifi TV. RTM pula akan menyiarkan sebahagian besar perlawanan secara langsung dan juga tertunda.
Fahmi tidak pula mengumumkan berapakah lesan. yang dibayar oleh RTM dan Telekom Malaysia kepada FIFA untuk menjadi penyiar rasmi Piala Dunia di Malaysia. Tetapi menurut laporan twentytwo13, kerajaan memperuntukkan RM 24 juta untuk mendapatkan hak penyiaran.
Sebelum ini muncul laporan FIFA meminta bayaran sekitar $50 juta (~RM 198 juta) untuk hak penyiaran Piala Dunia 2026 sebelum dikurangkan ke $35 juta (~RM 139 juta) yang masih terlalu tinggi dilihat masih lagi terlalu tinggi.
Piala Dunia 2026 kurang mendapat sambutan kerana kemelut ekonomi dan politik dunia. Dilaporkan minggu ini China dan India juga masih belum mempunyai penyiar rasmi walaupun mereka menyumbang hampir 22.6% jumlah penonton penstriman digital Piala Dunia 2022. FIFA meminta $100 juta daripada India tetapi gabungan Reliance-Disney hanya ingin membayar $20 juta yang ditolak oleh FIFA semalam.


