RTS Link Siap Hujung Tahun Ini Tapi

17 Jan 2026 • 5:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kerja pembinaan Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link yang menghubungkan Malaysia dan Singapura berjalan lancar dan dijangka dapat disiapkan mengikut jadual hujung tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kebanyakan pembinaan infrastruktur fizikal dilaporkan selesai dan telah memasuki fasa pemasangan sistem RTS.

"Di dalam stesen, dari segi bangunannya dan strukturnya telah siap tetapi sekarang kita memasang sistem sebelum melakukan ujian sistem, tanpa ujian itu ia tidak boleh beroperasi. Jadi dalam beberapa bulan ini memang banyak ujian akan dilaksanakan.

"Tren pun sedang diuji di atas landasan di Johor Bahru. Kita harapkan semuanya berjalan lancar dan dapat disiapkan pada Disember, seterusnya dibuka untuk operasi pada Januari 2027," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved