
Buy Now, Pay Later? Siap Dapat Diskaun, Lebih 35 Brand Popular Paling Berbaloi “Grab” Hujung Tahun Ni
Hujung tahun ni memang sinonim dengan musim membeli-belah. Ada yang nak beli hadiah untuk orang tersayang, ada pula yang nak “reward” diri sendiri selepas setahun bekerja keras.
Bila cakap pasal shopping, mesti ramai dah familiar dengan trend pembelian yang tengah hype sekarang, kan? Siapa yang tak tahu pasal “Buy Now, Pay Later (BNPL)”. Konsepnya mudah, beli dulu, bayar kemudian.
Tambah pula sekarang semakin banyak platform yang tawarkan kemudahan BNPL kepada pengguna. Cuma di sinilah ramai tersilap langkah.
Korang kena tahu, bukan semua BNPL sama. Kita kena bijak pilih platform yang bukan saja memudahkan, tapi juga meyakinkan, berbaloi dan selamat digunakan.
Jadi, antara banyak-banyak pilihan BNPL yang ada, korang pernah cuba PayLater by Grab?
Apa istimewanya PayLater by Grab?

Mungkin masih ramai yang tak tahu pasal PayLater by Grab ni. Ini info penting yang korang kena tahu:
1. Dua cara pembayaran yang fleksibel
Bayar ansuran 4, 8 atau 12 bulan – Nikmati fleksibiliti pilih pelan bayaran yang paling sesuai dengan bajet korang, sambil berpeluang dapat sehingga 2x GrabCoins.
Bayar bulan depan – Jejak perbelanjaan bulanan dengan lebih teratur dan bayar semuanya sekali dalam satu bil, sambil nikmati GrabCoins.
2. Semua transaksi mudah dipantau
Korang akan terima notifikasi untuk setiap urusan pembelian daripada transaksi dibuat, pembayaran berjaya hinggalah urusan refund. Jika buat refund di kedai, korang akan dimaklumkan bila wang akan dipulangkan.
3. Pengesahan transaksi lebih selamat
Setiap transaksi akan disahkan melalui One-Time Password (OTP) yang dihantar ke telefon korang.
Ada peluang dapat hadiah hujung tahun dari Grab?
Berita baik untuk korang yang suka shopping, Grab sekarang tengah buat PayLater Year-End Gifting Campaign dari 13 hingga 31 Disember.
Bukan saja boleh beli sekarang bayar kemudian, tapi siap boleh dapat diskaun lagi. Paling best, tak kisah korang shopping secara online atau in-store, dua-duanya berpeluang untuk dapat ‘hadiah’ istimewa ni.

3 kod promosi korang kena save
Kalau korang memang kaki shopping online, ini dua ‘hadiah’ menarik yang korang boleh claim dengan PayLater by Grab:

1. Diskaun Sehingga RM60 – Untuk Pengguna Baru PayLater Online (Kod Promo: 8AND12MONTHSNEW)
Dengan perbelanjaan minimum RM300 dalam satu transaksi, korang boleh gunakan kod promo di atas untuk dapatkan diskaun sehingga RM60.
Info Tambahan: Hanya untuk pembelian secara online sahaja, khas untuk pengguna baharu yang pertama kali menggunakan pelan bayaran ansuran 8 atau 12 bulan.
2. Diskaun Sehingga RM30 – Untuk Pengguna Online Sedia Ada (Kod Promo: YEARENDPL30)
Dengan perbelanjaan minimum RM200 dalam satu transaksi, korang boleh gunakan kod promo di atas untuk dapatkan diskaun sehingga RM30.

Korang lagi suka rasa, pegang, cuba dulu sebelum beli? Takda masalah, shopping in-store pun boleh dapat ‘hadiah’ dengan PayLater by Grab:
1. Diskaun Sehingga RM60 – Untuk Shopping Secara In-Store (Kod Promo: PAYLATER60)
Dengan perbelanjaan minimum RM300 dalam satu transaksi, korang boleh gunakan kod promo di atas untuk dapatkan diskaun sehingga RM60.
‘Bonus’ istimewa yang ramai tak tahu
Selain penjimatan, satu lagi kelebihan besar bila menggunakan PayLater by Grab ialah perlindungan tambahan melalui PayLater Protect.
Untuk pembelian online bernilai RM300 dan ke atas dalam satu transaksi, korang akan dilindungi sehingga RM1,500 selama 120 hari.
Perlindungan ini termasuk untuk barang yang rosak, barang yang hilang atau dicuri semasa penghantaran, mahupun barang yang tidak diterima langsung.
Shopping kena jimat dan bijak, kan? Dengan PayLater by Grab, korang nak shopping pun jadi lebih yakin dan tak perlu risau.
Tak cukup dengan tu, kalau korang berbelanja RM200 dan ke atas secara online menggunakan PayLater by Grab, korang berpeluang dapat Extra GrabRewards Coins sehingga 2x GrabCoins.
Brand popular paling berbaloi shopping guna PayLater by Grab
Lagi syok, PayLater Year-End Gifting Campaign ni melibatkan pelbagai jenama besar merangkumi beberapa kategori berbeza.

Korang nak “upgrade” peranti atau cari gajet sesuai untuk anak-anak sekolah dan sambung belajar? Boleh ‘usha’ jenama seperti CompAsia, Switch dan ALL IT yang turut serta dalam kempen ni.

Nak tambah koleksi pakaian atau tampil lebih bergaya untuk tahun baru nanti? Korang boleh shopping dari jenama popular seperti Shoploooh, New Era, Machino dan JD Sports. Nak gaya streetwear atau kasual santai, semuanya ada. Tinggal pilih ikut cita rasa.

Kategori kesihatan dan kecantikan pun tak ketinggalan. Antara jenama terlibat termasuk LUMI, The Body Shop dan Kiehl’s, sesuai sangat untuk korang yang nak jaga penampilan dan ‘self-care’.

Cara Guna PayLater & Tebus Diskaun
1. Buka app Grab
2. Pilih PayLater sebagai kaedah pembayaran
3. Masukkan promo code yang sesuai
4. Pilih tempoh ansuran
5. Confirm & nikmati penjimatan
PayLater by Grab, the most rewarding way to pay
Jadi kalau korang tengah plan nak shopping hujung tahun ni sama ada untuk diri sendiri atau orang tersayang, PayLater by Grab memang pilihan yang patut korang guna.
Lebih jimat, lebih selamat, lebih berbaloi. Jangan lupa “GRAB”!
The post Buy Now, Pay Later? Siap Dapat Diskaun, Lebih 35 Brand Popular Paling Berbaloi “Grab” Hujung Tahun Ni appeared first on Siakap Keli.
