RTS Link, TMJ Bimbang Kesesakan Sebaik RTS Mula Operasi

LocalPolitics
14 Nov 2025 • 9:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, bimbang terhadap masalah kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku apabila Projek Rapid Transit System (RTS) Link antara Johor Bahru dan Singapura mula beroperasi nanti.

Memetik kenyataan di akhbar Sinar Harian, Baginda bertitah, sehingga kini tiada penyelesaian menyeluruh dikemukakan bagi menampung peningkatan jumlah trafik, termasuk pelaksanaan sistem Autonomous Rapid Transit (ART) bertingkat atau alternatif pengangkutan lain di kawasan sekitar Bukit Chagar.

image is not available

“Kerajaan Persekutuan memaklumkan bahawa tiada peruntukan mencukupi untuk menampung kos penyelenggaraan sekiranya penyelesaian bertingkat sepenuhnya dilaksanakan.

"Namun, Pulau Pinang mampu memperoleh projek LRT yang jauh lebih mahal berbanding sistem ART,” titah baginda dalam HRH Crown Prince Of Johor.

Tunku Mahkota Ismail turut bertitah bahawa baginda memantau secara rapat perkembangan beberapa projek kesihatan utama di negeri Johor seperti Hospital Pasir Gudang yang lewat siap, isu di Hospital Sultanah Aminah (HSA) serta kelewatan projek Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA2).

RTS Link dijangka memulakan operasi penumpang menjelang Disember tahun depan, menghubungkan Bukit Chagar di Johor Bahru ke Woodlands North di Singapura.Apabila beroperasi kelak, RTS Link akan menggunakan lapan set tren tanpa pemandu, setiap satu terdiri daripada empat gerabak dengan kapasiti membawa lebih 600 penumpang setiap tren.