”Rugi 26k” – Pengantin Scam Katering Order Dua Ekor Kambing Golek Tapi Bayar Pakai ‘Cek Tendang’

Entertainment
6 Oct 2022 • 2:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Katering adalah antara benda paling penting sekali bila nak buat majlis perkahwinan. Malah, makanan merupakan belanja paling besar sekali pengantin perlu keluarkan.

Namun begitu, kita kenalah ukur baju di badan sendiri juga, kalau tak mampu nak jamu makanan yang mewah, jangan pulak pandai-pandai nak sakitkan diri sendiri atau orang lain.

Macam kisah yang tular baru-baru ini bila seorang wanita telah meluahkan kekecewaannya di Facebook selepas permintaannya untuk mendapat bayaran tak membuahkan hasil walaupun majlis tersebut telah pun selesai 10 bulan yang lalu.

image is not available

Menurut wanita ini, sebelum majlis dia telah pun meminta bayaran deposit, namun begitu pengantin tersebut telah memberikan pelbagai alasan dan kerana memikirkan yang mereka sekampung dan ada bau-bau bacang, pihaknya telah meneruskan untuk membantu pengantin yang berjanji akan membuat bayaran penuh selepas majlis.

image is not available

Tambah wanita ini lagi, permintaan makanan dari pengantin ini juga bukan kaleng-kaleng ya… Untuk majlis perkahwinannya itu, pengantin telah meminta makanan untuk 1850 tetamu, makanan beradab pengantin, dome lima set, kambing golek dua ekor dan oren F&N 1,000 botol yang jumlahnya mencecah sehingga RM26,000. Wahhh makan besarrr!

image is not available

Selepas majlis, mereka telah meminta agar pengantin ini membayar namun pihaknya telah menerima cek tendang dan sehingga kini tiada apa-apa bayaran yang diterima.

Tak cukup dengan itu, pengantin ini juga dikatakan turut mengugut untuk tidak bayar langsung sekiranya perkara ini diviralkan di media sosial. Eh ehhh

image is not available

Difahamkan, ada juga beberapa individu lain yang pernah ditipu oleh pasangan ini. Untuk pengetahuan korang, laporan polis telah pun dibuat berhubung kejadian ini.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.