Rugi lebih setengah juta diperdaya scammer menyamar adik kandung

20 Jan 2024 • 8:44 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

JOHOR BAHRU, 20 JAN: Seorang pengurus wanita kerugian lebih setengah juta ringgit selepas dipercayai menjadi mangsa scammer yang menyamar sebagai adiknya.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata wanita berusia 31 tahun yang merupakan pengurus sebuah syarikat itu, membuat laporan polis pada 4.20 petang, di sini semalam.

Beliau berkata scammer tersebut yang menyamar sebagai adik lelaki mangsa berusia 29 tahun, telah menghantar mesej menerusi Whatsapp dan mengarahkannya untuk membuat pemindahan wang berjumlah RM570,174 bagi tujuan urusan perniagaan.

“Nombor telefon tersebut tidak sama dengan nombor telefon sebenar adiknya. Bagaimanapun, dengan tanpa ada rasa ragu, mangsa membuat pindahan wang tersebut ke akaun yang diberikan oleh scammer itu,” katanya pada satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata adik mangsa turut menafikan telah meminta wang berkenaan daripada mangsa.

Rahmat berkata susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Orang ramai katanya, turut dinasihatkan agar tidak mudah mempercayai sebarang mesej atau panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali serta membuat semakan kepada pihak berkuasa terlebih dahulu.

-BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved