Rugi RM2.5b jika pelaburan Felda dalam Eagle High tidak ditangani

LocalBusiness & Finance
21 Aug 2026 • 2:22 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Rugi RM2.5b jika pelaburan Felda dalam Eagle High tidak ditangani

BANGI: Negara bakal menanggung kerugian mencecah RM2.5 bilion sekiranya isu berkaitan pelaburan Felda dalam Eagle High Plantations TPK (EHP) di Indonesia tidak ditangani sewajarnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengutus surat kepada Presiden Indonesia, Prabowo Subianto bagi meminta perhatiannya berkenaan isu itu.

Beliau berkata, kes membabitkan EHP antara contoh skandal pelaburan mencatatkan kerugian hingga bilion ringgit yang tidak sepatutnya berlaku lagi.

“Isu yang dibangkitkan membabitkan hotel di London atau Kuching, itu masalah kecil. Isu yang paling besar termasuk pelaburan di Indonesia, Eagle High yang sekarang tersangkut di mahkamah di Indonesia.

“Saya pun sudah menulis surat kepada Presiden Prabowo meminta beliau melihat juga permasalahan ini. Kerugian kalau tidak ditangani, (adalah) RM2.5 bilion. Yang mungkin kita perolehi nanti RM200 juta. Ini satu contoh,” katanya ketika berucap pada Program Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Pengurusan Tertinggi dan Pengurus Felda 2026 di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Felda, Tan Sri Ahmad Badri Mohd. Zahir dan Pengarah Besar Felda, Datuk Dr. Suzana Idayu Wati Osman.

Anwar berkata, pendedahan mengenai angka krisis kewangan itu dibuat supaya seluruh barisan pengurus Felda di peringkat akar umbi menyedari hakikat beratnya cabaran yang terpaksa ditanggung Felda untuk kembali pulih. – UTUSAN

The post Rugi RM2.5b jika pelaburan Felda dalam Eagle High tidak ditangani appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved