Ruhainies bergurau beri tarikh bertunang -“Harap yang ini tak ada yang jealous”

Entertainment
1 Jul 2024 • 9:13 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon sensasi, Ruhainies bergurau beri tarikh bertunang menerusi Insta Story miliknya apabila berkongsi gambar bersama penerbit drama terkenal, Fadzil Teh.

Harap tak ada yang cemburu katanya

Menerusi kapsyen yang disertakan, pelakon itu memberitahu bahawa penerbit berkenaan adalah ‘teman lelaki’ ketiganya dan berharap agar tidak ada yang cemburu dengan perkongsian tersebut.

image is not available

Ruhainies bergurau beri tarikh bertunang, jemput semua hadir

Dia yang terlihat ceria mengatakan yang tarikh bertunang mereka adalah pada 31 Februari tahun hadapan dan menjemput semua untuk hadir ke majlis tersebut.

“Ni bf no.3 pula. Harap yang ini tak ada yang jealous.

“Majlis bertunang akan berlangsung pada 31/2/2025 jemput hadir,” tulisnya dengan menyertakan emoji tersenyum.

image is not available

Ruhainies bergurau beri tarikh bertunang, sebelum ini ada dakwaan nak tunang juga

Gurauan tersebut boleh jadi rentetan daripada dakwaan bertunang dengan seorang aktor kelahiran Singapura susulan tularnya rekaan kad jemputan majlis pertunangan di media sosial baru-baru ini.

Dia yang menafikan dakwaan tersebut telah memberi amaran kepada syarikat penerbitan kad berkenaan supaya menurunkan contoh rekaan grafik mereka dari Instagram memandangkan telah menggunakan namanya serta Aliff Aziz sesuka hati.

image is not available

Terdahulu, nama Ruhainies telah menjadi sebutan ramai sejak Mac lalu susulan kejadian tangkap khalwat dirinya dengan Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Kejadian tersebut membawa kepada permohonan penceraian yang difailkan oleh Bella Astillah terhadap Aliff sehingga masing-masing sah berpisah talak satu pada 13 Jun 2024.

Sumber: Instagram ruhainies7