“Maaf..” – Meski Ramai Peminat Berharap, Jin BTS Akui Tiada Niat Untuk Jadi Pelakon

EntertainmentMusic
1 Jul 2024 • 10:18 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Pasti ramai peminat yang menantikan Jin BTS untuk debut sebagai pelakon kan?

Baru-baru ini, Jin telah singgah ke laman Weverse bagi menjawab beberapa soalan dari peminat. Khususnya, ada soalan yang bertanya tentang perkembangan terkininya kini. Jawab lelaki itu,

Saya sedang merakam, membuat penggambaran rancangan hiburan dan dalam proses melakukan rancangan yang saya sediakan dalam tentera.

Sambung Jin lagi,

Saya melakukan tugas utama saya sebanyak mungkin sambil cuba untuk menunjukkan wajah saya. Keputusan semuanya akan keluar dalam beberapa bulan jadi, sila tunggu sedikit lagi.

Bagaimanapun, apabila seorang peminat menulis bahawa dia menantikan penyanyi “Super Tuna” itu untuk berlakon, Jin menjawab,

Saya tidak mempunyai rancangan untuk berlakon. Saya minta maaf.

Takpe, ARMY akan tetap sokong Jin!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.