Ruhainies Sedang Jalani Misi Selawat 1000 Kali Sehari Selama 40 Hari - “Kita Perempuan Kalau…”

11 Nov 2024 • 8:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Ruhainies tampil berkongsi mengenai rutin zikir yang diamalkannya.

Misi selawat 1000 kali

Menerusi hantaran di akaun Instagramnya, Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas memaklumkan dia kini sedang di dalam misi untuk berselawat 1000 kali sehari selama 40 hari. 

“Saya dalam misi untuk selawat 1000 sehari selama 40hari. Hari ini baru hari ke 18,” tulisnya.

Dalam masa sama, pelakon drama Terjerat itu juga sempat mengajak orang ramai untuk turut serta mengamalkan zikir tersebut. 

“Jom buat sama sama? Kita perempuan kalau "cuti" pun boleh selawat. Hehehe,” tambahnya lagi. 

Menerusi hantaran yang sama, aktres berusia 32 tahun itu juga sempat berkongsi gambarnya bersama tasbih digital yang sudah direka khas.

“Saya obses sangat dengan tasbih digital custom made ni, cantik kan?,” ujarnya lagi. 

Ruhainies berkongsi perkara tersebut sewaktu menjawab salah satu soalan yang diajukan daripada pengguna Instagram mengenai rutin zikir yang sering diamalkan. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved