Ruhainies Tarik Diri Sertai Festival Jualan Raya, Tak Mahu Bisnes Artis Lain Terjejas

16 Mar 2024 • 11:21 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
ruhainies

Nama pelakon Ruhainies sehingga ke hari ini menjadi bualan ramai selepas ditangkap khalwat dengan Aliff Aziz.

Walaupun sudah meminta maaf dan menjelaskan perkara sebenar, nampaknya orang ramai masih tak berpuas hati dan mengugut mahu boikot.

Terbaru, Ifa Raziah selaku penganjur festival jualan Starvendors KLCC Mega Raya Fest mengesahkan Ruhainies secara sukarela telah menarik diri daripada acara itu.

Ruhainies membuat keputusan tersebut selepas berfikir panjang dan tak mahu disebabkan dirinya perniagaan orang lain turut terjejas.

image is not available

Ruhainies memahami isu melibatkan dirinya masih panas dan berharap ada rezeki di tempat lain.

Terdahulu, Ifa Raziah terpalit kecaman selepas menampilkan Ruhainies dalam promosi acara Starvendors. Kebetulan pula video itu dimuat naik ketika Ruhainies berdepan konflik ditangkap khalwat.

Kredit: Instagram Ifa Raziah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved