Rumah Biru juara Kejohanan Olahraga Tahunan SK Kebawang

23 Nov 2025 • 10:27 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SIPITANG: Rumah Biru muncul johan Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) SK Kebawang 2025 diadakan di Kompleks Sukan Sipitang baru-baru ini.

Rumah Biru memperolehi 11 emas, lima perak dan enam gangsa. Rumah Kuning naib juara selepas mengutip tujuh emas, enam perak dan enam gangsa manakala Rumah Merah di tempat ketiga dengan kutipan satu emas, lapan perak dan tujuh gangsa.

Ricksley Ovil dan Pearl Hazel Jenuin dinobat sebagai olahragawan dan olahragawati   dengan  Ricksley  memperoleh meraih emas dalam acara lompat jauh, 200m,  4x100m dan 4x200m manakala Pearl mengumpul tiga emas dan satu gangsa bagi acara lompat jauh, 100m, 4x200m dan 4x100m.

Kejohanan yang disertai hampir 70 murid itu melibatkan 10 acara manakala acara larian terbuka 4x100 meter campuran disertai PIBG dan Guru dimenangi oleh pasukan Steve, kedua Manuel dan ketiga pasukan Cikgu Azri.

Pengerusi yang juga Guru Besar SK Kebawang, Yahya Basni berkata, antara objektif pelaksanaan kejohanan itu ialah membantu perkembangan murid dalam aspek jasmani, emosi dan sosial serta meningkatkan kemahiran murid dalam kemahiran sukan terutama dalam sukan olaragaSemasa perasmian penutupan, Yahya mengucapkan tahniah atas  komitmen dan kerjasama semua ahli jawatankuasa pelaksana dalam menjayakan kejohanan itu.

Pingat dan piala disampai oleh Yahya dan PKKO Azri Malik.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved