Rumah Cherok Tok Kun tak akan sama lagi seperti dahulu -PM Anwar

LocalPolitics
24 Sep 2026 • 11:13 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa dukacita susulan pemergian abang sulungnya, Idrus Ibrahim yang disifatkan sebagai sosok paling senior dan begitu dekat dengan dirinya serta keluarga.

Rumah jadi saksi pelbagai kenangan keluarga

Menerusi kenyataan dikongsikan, Anwar berkata Rumah Cherok Tok Kun di Permatang Pauh menjadi saksi pelbagai kenangan keluarga, termasuk gelak tawa, kisah lampau serta susah dan senang yang dilalui bersama.

“Rumah Cherok Tok Kun di Permatang Pauh tidak akan lagi sama seperti dahulu. Rumah itu menjadi saksi kenangan keluarga yang terhimpun yakni segala gelak tawa, kisah lampau, susah dan senang yang dilalui bersama.
“Hari ini abang saya, saudara Idrus Ibrahim, yang merupakan sosok yang begitu dekat dan paling senior dalam kalangan kami telah kembali menyahut panggilan Ilahi,”

Membesar bersama

Beliau akui kehilangan ini sangat tidak mudah memandangkan mereka membesar bersama dan pastinya menjadi sebahagian daripada perjalanan kehidupan sejak kecil.

Anwar berdoa agar Allah S.W.T mengampuni segala dosa-dosa allahyarham dan merahmati rohnya.

“Selamat jalan, abang. Kehilangan ini pastinya tidak mudah, apatah lagi seorang yang membesar bersama, berkongsi akar pangkal yang sama dan menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup sejak sekian lama.
“Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya, merahmati rohnya dan memberi darjat yang istimewa kepadanya,” ujarnya.
Image from: Rumah Cherok Tok Kun tak akan sama lagi seperti dahulu -PM Anwar

Foto: FB Anwar Ibrahim

Terdahulu, Perdana Menteri memaklumkan bahawa abang sulungnya telah kembali ke rahmatullah pada petang tadi sewaktu beliau dalam perjalanan pulang dari lawatan kerja ke China selama tiga hari.

Berita duka itu pastinya menjadi perhatian ramai dan ramai tokoh-tokoh politik menyampaikan salam takziah kepada keluarga Anwar atas pemergian abangnya.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved