Abang PM Meninggal Dunia, Terima Berita Dalam Perjalanan Pulang Ke Malaysia

LocalPolitics
24 Sep 2026 • 8:15 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Abang PM Meninggal Dunia, Terima Berita Dalam Perjalanan Pulang Ke Malaysia

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan kehilangan menyedihkan apabila abang beliau, Idrus Ibrahim menghembuskan nafas terakhir hari ini.

Perdana Menteri memberitahu, khabar duka itu diterima sewaktu beliau dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari China. 

“Sukar untuk saya ungkapkan rasa kehilangan ini apabila seorang sosok yang berkongsi begitu banyak kenangan sepanjang perjalanan hidup kini telah tiada, dan hanya Allah SWT yang tahu betapa beratnya hati menerima kenyataan ini.

“Terkilan kerana tidak sempat berada di sisi pada saat-saat akhirnya, namun saya reda meski hati ini masih cuba menerima sebuah perpisahan yang tidak pernah kita bersedia untuk hadapi,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Perdana Menteri melalui hantaran sama turut mengucapkan terima kasih atas segala kenangan dan kebaikan yang ditinggalkan.

“Semuanya akan kekal terpahat dalam ingatan dan hati kami.

“Mohon teman-teman titipkan doa buat Allahyarham Idrus Ibrahim, semoga Allah SWT mengampuni segala khilafnya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya. - Getaran, 24 September 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved