Rumah dipecah masuk, senapang bersama 200 peluru hilang

28 Mar 2024 • 11:47 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SEREMBAN: Selaras senapang bersama peluru milik seorang penoreh getah dilaporkan hilang selepas rumahnya dipecah masuk di Kampung Air Kuning Selatan, Tampin dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian kehilangan senjata api jenis shortgun 12 bore dan 200 peluru itu pada 9.51 malam.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku antara 2.30 petang hingga 8 malam, mangsa yang merupakan lelaki berusia 60 tahun berada di Gemas ketika kejadian. Turut hilang ialah satu peti simpanan senapang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohamad Fatahulmoin Mat Isa atau Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin di talian 06-4431999 atau 06-4411222. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved