Rumah hijau ‘kebal’ tsunami lumpur di Nepal

WorldEnvironment
31 Aug 2026 • 7:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Rumah hijau ‘kebal’ tsunami lumpur di Nepal

KATHMANDU – Sebuah rumah berwarna hijau di Nepal menjadi sensasi internet kerana kekal teguh ketika banjir lumpur deras menenggelamkan kebanyakan kediaman dan menghanyutkan bangunan di sekitarnya, lapor portal berita Gulf News. 

Kejadian berlaku ketika banjir dahsyat melanda Nuwakot, wilayah Bagmati pada Rabu minggu  lepas. 

Rakaman video dimuat naik di platform X oleh akaun @Deb_livnletliv menunjukkan rumah itu kekal utuh ketika banjir lumpur mengalir deras di kawasan tersebut pada kelajuan yang menggerunkan, sambil menghanyutkan bangunan dan serpihan di laluannya. 

Sekurang-kurangnya tiga anggota keluarga dilihat berada di balkoni sambil menyaksikan banjir deras mengelilingi kediaman mereka. 

Bagaimanapun rumah berkenaan berjaya menahan arus deras, manakala keluarga terbabit dilaporkan selamat, lapor Reuters Connect. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 16,000 tontonan dan kebanyakan pengguna media sosial kagum dengan ketahanan struktur rumah tersebut. 

“Syabas kepada mereka yang membina rumah itu,” kata seorang netizen. – AGENSI

 

The post Rumah hijau ‘kebal’ tsunami lumpur di Nepal appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved