900 pelajar mati jika lewat 10 minit 

31 Aug 2026 • 6:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 900 pelajar mati jika lewat 10 minit 

KATHMANDU – Tindakan pantas seorang guru besar di Nepal berjaya menyelamatkan 900 pelajar selepas beliau mengarahkan pemindahan segera hanya beberapa minit sebelum banjir besar melanda sekolahnya, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC). 

Pengetua Sekolah Menengah Tribhuvan Trishuli di Nuwakot, Rajendra Dawadi memberitahu BBC bahawa beliau menerima empat panggilan sekitar pukul 9.10 pagi (waktu tempatan) yang memberi amaran tentang bencana tersebut  yang kini meragut hampir 1,000 nyawa. 

Beliau melakukan pemindahan segera dengan mengarahkan kanak-kanak berlari ke kawasan lebih tinggi dan mengarahkan beberapa bas sekolah yang dilaporkan membawa ratusan pelajar ke sekolah untuk berpatah balik.

“Jika kami tidak membuat keputusan yang cepat atau lewat 10 minit kemudian, kami semua, termasuk pelajar dan saya sendiri, mungkin tidak dapat bercakap dengan anda hari ini,” kata Dawadi. 

Amaran tersebut datang daripada empat orang berbeza dalam masa beberapa minit, sekali gus membantu Dawadi menilai ancaman yang bakal melanda.

“Seorang bapa datang ke sekolah dan memberitahu saya bahawa ‘banjir besar sedang melanda, saya di sini untuk mengambil anak perempuan saya, saya akan membawanya pulang’.

“Ibu bapa tidak akan tergesa-gesa tanpa sebab yang kukuh, jadi saya berfikir saya tidak sepatutnya membuang masa walaupun sesaat untuk memindahkan pelajar. 

“Saya memutuskan untuk bertindak segera. Sekiranya banjir tidak berlaku, kami hanya kehilangan waktu belajar selama sehari. Saya bangga kerana kami berjaya menyelamatkan banyak nyawa,” tambah Dawadi. – AGENSI 

The post 900 pelajar mati jika lewat 10 minit  appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved