
LAHAD DATU: Kebakaran awal pagi memusnahkan sebuah rumah kayu di Kampung Unta, Jalan Bakawali, di sini pada Sabtu.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.36 pagi melalui MERS999.
Sepasukan anggota bomba dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, pasukan mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah kayu berukuran 25x10 kaki persegi.
SPONSORED CONTENT Damar Residence coming up soon PAPAR: Those who love nature and a healthy lifestyle should consider Damar Residence, in Lok Kawi. Read more “Pasukan berjaya mengawal kebakaran pukul 2.57 pagi dan menamatkan operasi pukul 4.07 pagi selepas memadamkan api sepenuhnya serta memastikan tiada bahaya lain di tempat kejadian,” katanya.
Jabatan itu berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu manakala rumah itu musnah sepenuhnya dalam kejadian itu.
Punca kebakaran serta kerugian sedang disiasat.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
