Rumah Kayu Pokwe Viral Lagi, Berjaya Terapung Buat Kali Ketiga Ketika Banjir

LocalEnvironment
2 Dec 2024 • 6:37 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
pokwe

Kreativiti dan inovasi benar-benar membantu! Rumah terapung milik A. Bakar Che Ahmad, 69, atau lebih dikenali sebagai Pokwe di Kampung Tebak, Kemaman, sekali lagi berjaya terapung buat kali ketiga selepas kawasan itu dilanda banjir.

Menurut perkongsian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Mohd Hafiz Adam, rumah berstruktur kayu ini terus bertahan dengan bantuan 69 tong plastik.

Alhamdulillah, Rumah Terapung Pokwe viral Batu 16 terapung dengan jayanya.- Tulis Mohd Hafiz di Facebook ketika melawat kawasan banjir.

image is not available

Namun, beliau turut mencadangkan agar Pokwe dan keluarganya berpindah ke lokasi lebih selamat demi memudahkan bantuan disalurkan.

Pokwe mencipta rumah terapung ini pada 16 September 2022, dengan kos RM47,000 hasil bantuan tujuh anaknya. Rumah berukuran 9×12 meter persegi ini mampu menampung berat hingga 15 tan metrik dan telah terapung dengan jayanya ketika bencana banjir pada 2022, 2023, dan kini pada 2024.

image is not available

Dengan inovasi ini, Pokwe sekeluarga tidak perlu berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS), menjadikannya contoh bijak dalam menghadapi risiko banjir.

#OhmediaNasihat

Inovasi seperti rumah terapung ini membuktikan pentingnya kreativiti dalam mengatasi bencana alam. Namun, aspek keselamatan tetap perlu diutamakan.

Bagi yang tinggal di kawasan risiko banjir, rancanglah tindakan awal seperti menyimpan barang keperluan dan mengenalpasti lokasi selamat untuk perlindungan sementara.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Facebook