Rumah Keluarga Nurly Shahirah Terima Kunjungan Wartawan Perancis
Kawasan kediaman salah seorang mangsa tragedi nahas UPSI, almarhumah Nurly Shahirah Azman tidak putus-putus menerima kunjungan.
Tidak hanya dikunjungi warga tempatan, baru-baru ini, kediaman penghafaz 30 juzuk Al-Quran itu menerima kunjungan luar biasa daripada wartawan Paris.
Dikenali sebagai Muhammad Aris, wartawan berkenaan yang baru tiba dari Paris mengunjungi kediaman almarhumah bersama sahabatnya, Fatimah.
Fasih berbahasa Melayu, Fatimah menerangkan kepada bapa almarhumah Nurly berkenaan tujuan mereka berziarah.
“Daripada Duyung, saya datang kata sebab dia menghafal Al-Quran dan tulis Al-Quran. Saya nak tengok. Saya nak kita dekat dengan Al-Quran.
“Saya ucap tahniah dekat pak cik sebab berjaya mendidik anak yang baik,” maklum wanita berkenaan.
Ketika Aris memperkenalkan dirinya, wartawan berkenaan sempat menyelitkan sedikit kisah hidupnya sebagai seorang Muslim di sana. Malah, setelah pulang, dia turut berniat menjadi ‘duta’ Islam di kampungnya.
“Sebab saya Islam, saya menjumpai orang yang mencintai Allah.
“Saya al-quran tak tamatkan lagi, balik nanti saya nak tamatkan betul-betul,” ujar Aris.
@_.eeiqwan Allahuakbar… Hari ini rumah Almarhumah Nurly Sahirah binti Azman didatangi tetamu yang datang dari jauh, dari negara France. Tetamu paling jauh setakat ini yang sudi hadir menziarahi… sungguh kami terharu dan bersyukur atas kunjungan ini. Semoga Allah membalas dengan sebaik-baik ganjaran Amiin Ya Rabbal Alamin. #nurlysahirah #upsi #foryourpage #30juz #RezekiAllahSWT #fyp #alfatihah #alhamdulillah #france
@_.eeiqwan Saya boleh buktikan bahawa itu memang berlaku,” ujar wartawan dari Paris itu, selepas hadir ke rumah Almarhumah Nurly Sahirah Binti Azman dan berkongsi pengalaman beliau yang menyentuh hati. #nurlysahirah #upsi #foryourpage #30juz #RezekiAllahSWT #alfatihah #alhamdulillah #france
Sementara itu, keluarga almarhumah Nurly menerusi rakaman video yang lain membuat pengumuman pentupan sementara kediaman tersebut daripada menerima sebarang kunjungan bermula 31 Julai.
“Bermulanya bulan ogos mulai 1 Ogos 2025, semua lawatan ke rumah Nurly Sahirah dibekukan buat sementara waktu disebabkan saya akan mengerjakan umrah pada bulan Ogos 2025.
“Sekali lagi saya mohon ampun dan maaf dan minta semua pengunjung dapat memahami hasrat kami,” maklumnya.
@_.eeiqwan Makluman Penutupan Lawatan ke Rumah Arwah Nurly Sahirah Pihak keluarga Arwah Nurly Sahirah ingin memaklumkan bahawa lawatan ke rumah Allahyarhamah akan ditutup buat sementara waktu bermula 31 Julai 2025 sehingga 31 Ogos 2025, dan akan dibuka semula pada 1 September 2025. Penutupan ini dibuat bagi memberi ruang dan laluan kepada ahli keluarga Arwah untuk membuat persiapan bagi menunaikan ibadah umrah. Bagi yang ingin menziarahi pusara Arwah Nurly Sahirah, tiada sebarang had atau halangan untuk berbuat demikian. Pusara Arwah boleh diziarahi seperti biasa di Tanah Perkuburan Kampung Gong Pasir, Besut. Pihak keluarga mengucapkan jutaan terima kasih atas doa dan ingatan yang tidak putus-putus buat Allahyarhamah. Semoga segala kebaikan yang dicurahkan menjadi pahala yang berpanjangan. #foryoupagе #nurlysahirah #hafizah #alfatihah #30juz #RezekiAllahSWT #fyp
Sumber: TikTok @_.eeiqwan
The post Rumah Keluarga Nurly Shahirah Terima Kunjungan Wartawan Perancis appeared first on Siakap Keli.




