Rumah, kereta, dua motosikal musnah dalam kebakaran

4 Dec 2023 • 3:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran sebuah rumah yang turut menyebabkan tiga kenderaan musnah dalam kejadian di Kampung Delek, Klang pada Isnin.

image is not available

KLANG - Sebuah rumah, kereta dan dua motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Delek, di sini, pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.26 tengah hari.

"Seramai 19 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Raja, Andalas dan Pelabuhan Klang bergegas ke lokasi kejadian.

**media[2448220]**

"Kebakaran membabitkan sebuah rumah kelas B serta sebuah kereta musnah terbakar sebanyak 70 peratus dan dua buah motosikal musnah 100 peratus," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ahmad Mukhlis berkata, kebakaran terbabit bagaimanapun tidak melibatkan mangsa.

Jelasnya, punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.