Kota Kinabalu: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor akan merasmikan program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) di Rumah Budaya, Kuala Penyu pada 28 September ini.
Pejabat Media dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Sabah dalam kenyataan memaklumkan bahawa pada majlis itu Hajiji akan melawat dua lokasi di Menumbok dan Kuala Penyu iaitu dua unit Rumah Mesra SMJ yang telah siap dibina.
“Beliau kemudiannya akan ke Rumah Budaya Kuala Penyu dan kunci rumah akan diserahkan kepada penerima,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Kerajaan Sabah di bawah kepimpinan Gabungan Rakyat Sabah dan Barisan Nasional akan membina 1,500 unit Rumah Mesra SMJ di seluruh negeri Sabah.
Pada April lepas, Hajiji berkata Rumah Mesra SMJ yang bernilai kira-kira RM70,000 setiap satu akan diberikan secara percuma kepada rakyat Sabah yang memerlukan, dan kerajaan negeri akan menggunakan Geran Khas untuk Sabah sebanyak RM125.6 juta disalurkan kerajaan Persekutuan, bagi membina Rumah Mesra SMJ itu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

