
MEMBAKUT: Sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Kg Takapan, di sini pada Isnin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kimanis Mohd Johainin Ruslan berkata, rumah itu musnah sepenuhnya dalam kejadian itu.
Katanya, pihaknya menghantar lima anggota dan beberapa jentera ke lokasi susulan panggilan kecemasan jam 5.18 petang.
“Rumah itu hampir musnah 100 peratus ketika pasukan Bomba tiba. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya, dan menambah, punca kejadian dan anggaran kerugian masih disiasat.
SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Sementara itu, mangsa Lina Mogunji menerima sumbangan susulan kunjungan daripada Unit Pembangunan Pemimpin Masyarakat Membakut.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





