Rumah Najib di Jalan Langgak Duta diisytihar sebagai penjara

LocalPolitics
6 Nov 2026 • 9:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Rumah Najib di Jalan Langgak Duta diisytihar sebagai penjara
Kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini diisytiharkan sebagai suatu penjara bagi maksud pemenjaraan atau penahanan orang dalam jagaan sah. - Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini diisytiharkan sebagai suatu penjara bagi maksud pemenjaraan atau penahanan orang dalam jagaan sah.

Perisytiharan tersebut dibuat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 3 Akta Penjara 1995 [Akta 537].

Dokumen rasmi itu termaktub dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh hari ini, yang disiarkan menerusi portal rasmi Jabatan Peguam Negara (AGC).

Berdasarkan warta berkenaan, kawasan yang diisytiharkan itu merangkumi semua bangunan dan kawasan tanah seluas 4,558.975 meter persegi di No. 11, Jalan Langgak Duta yang terletak di atas Lot 5746, Mukim Kuala Lumpur, Daerah Kuala Lumpur.

"Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 3 Akta Penjara 1995 [Akta 537], Menteri mengisytiharkan semua bangunan dan kawasan dengan keluasan 4,558.975 meter persegi di No. 11, Jalan Langgak Duta, Taman Duta, 50480 Kuala Lumpur yang terletak di atas Lot 5746, Mukim Kuala Lumpur, Daerah Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai suatu penjara bagi maksud Akta bagi pemenjaraan atau penahanan orang dalam jagaan sah,” menurut warta itu.

Perisytiharan tersebut berkuat kuasa pada tarikh ia dimeterai iaitu hari ini.

Najib dilaporkan selesai menjelaskan denda RM50 juta dikenakan terhadapnya dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Pejabat Pendaftar Jenayah Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.

Pembayaran itu merupakan antara syarat pengampunan bersyarat diperkenankan Yang di-Pertuan Agong pada 18 September, yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028.

AGC tangguh sementara pelaksanaan tahanan rumah Najib

Isu tahanan rumah Najib: Razlan dakwa wujud muslihat

Tangguh tahanan rumah Najib satu bentuk penderhakaan - Asyraf Wajdi

Bagaimanapun, AGC dalam satu kenyataan memaklumkan pelaksanaan tahanan di rumah terhadap bekas perdana menteri itu, ditangguhkan sementara sehingga selesai penelitian dan penjelasan lanjut mengenai interpretasi Perintah Pengampunan Bersyarat serta kesan Perintah Pelepasan berkenaan.

AGC memaklumkan sepanjang tempoh penangguhan, Najib dikekalkan di tempat tahanan sedia ada, tertakluk kepada kuasa dan arahan pihak berkuasa yang berkenaan. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved