Rumah panjang di Bintulu terbakar, 300 hilang tempat tinggal

20 Mar 2025 • 4:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kebakaran melibatkan 27 daripada 30 pintu rumah panjang struktur tidak kekal. Gambar media sosial

BINTULU - Sekurang-kurangnya 300 penghuni rumah panjang di Sungai Sinai, Ulu Sebauh, kira-kira 34 kilometer dari sini hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kebakaran berkenaan melibatkan 27 daripada 30 pintu rumah panjang struktur tidak kekal.

"Bomba menerima panggilan kecemasan kebakaran di Rumah Panjang Lapie pada 11.09 pagi dan pasukan keluaran operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu yang dikerahkan ke lokasi kejadian, tiba pada jam 11.45 pagi.

"Seorang penghuni lelaki berusia lingkungan 70-an mengalami sesak nafas dan dihantar ke hospital menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

"Penghuni lain dilaporkan selamat dan tiada kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, operasi pemadaman dilakukan menggunakan sumber air terbuka serta bantuan air daripada tangki kenderaan bomba sehingga api berjaya dikawal pada jam 11.50 pagi.

Punca dan anggaran kerugian kebakaran sedang disiasat. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved