Rumah Pempengaruh Dipecah Masuk, RXZ Dan Emas RM300,000 Hilang Sekelip Mata

17 Nov 2025 • 11:19 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Nanad Bebe, menjadi mangsa pecah rumah pada Ahad, menyebabkan kerugian hampir RM360,000.

Rumah dipecah masuk oleh orang rapat

Kejadian itu berlaku ketika Nanad dan keluarganya tiada di rumah, meninggalkan kediaman mereka kosong seketika.

image is not available

Dalam satu posting di akaun TikTok miliknya, Nanad mendedahkan bahawa rumahnya telah dipecah masuk. Antara barang yang hilang ialah dua motosikal, RXZ dan LC V8, serta empat topi keledar iaitu dua Arai merah hitam dan dua Shoei kuning biru.

Artikel lain: Ceroboh Rumah Pempengaruh, Suspek Kantoi Lepas Patah Balik Ambil Selipar

Lebih mengejutkan, suspek turut mengambil emas bernilai RM300,000 serta peralatan elektronik mahal seperti kamera G7 Mark 3 dan DJI Osmo Pocket 3.

image is not available

Nanad menyatakan bahawa kejadian itu meninggalkan rasa sedih dan kecewa kerana kehilangan barang-barang yang bukan sahaja berharga tetapi juga mempunyai nilai sentimental.

Apa yang lebih membimbangkan, Nanad mendapati bahawa suspek dipercayai orang yang dikenali atau rapat dengannya, serta suspek dikatakan mengetahui nombor rumah serta lokasi setiap barang berharga di kediamannya.

image is not available

Nanad menjelaskan bahawa walaupun kawasan perumahannya mempunyai pengawal keselamatan, suspek tetap berjaya melakukan pecah rumah dengan mengetahui maklumat penting itu.

“Kau orang yang aku kenal, orang yang kenal aku. Kau tahu number rumah aku, kau tahu cara macam mana nak masuk rumah aku,” ujar Nanad dalam postingnya.

image is not available

Setakat ini, pihak polis masih menjalankan siasatan. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan, iaitu pecah rumah, dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan, iaitu kecurian bersekutu.

Kejadian ini menjadi peringatan bahawa walaupun tinggal di kawasan berpagar dan berpengawal, pengawasan terhadap barang berharga dan keselamatan peribadi tetap penting.

Sumber: TikTok @nanadbebe

The post Rumah Pempengaruh Dipecah Masuk, RXZ Dan Emas RM300,000 Hilang Sekelip Mata appeared first on Borak Daily.