Rumah pengupas bawang ‘viral’ dipasang garis polis

21 Aug 2026 • 8:56 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Rumah pengupas bawang ‘viral’ dipasang garis polis

JAKARTA – Rumah seorang pengupas bawang di Kampung Ciuncal, Daerah Bogor, Jawa Barat, kini dipasang garis polis oleh pihak berkuasa tempatan bagi mengawal kehadiran orang ramai serta media yang membanjiri kawasan itu, lapor saluran berita BaliNews.id

Langkah tersebut diambil demi menjaga ketenteraman persekitaran serta melindungi emosi keluarga Susanah selepas namanya secara mendadak tular di seluruh negara.

Nama Susanah menjadi tumpuan masyarakat Indonesia selepas disebut secara khusus oleh Presiden Prabowo Subianto dalam ucapan kenegaraan beliau di Gedung Nusantara, Jakarta. 

Dalam ucapannya, Prabowo menyebut  Susanah sebagai penerima bantuan kebajikan kerajaan yang meraih pendapatan sekitar Rp700,000 (RM158) sekilogram hasil mengupas bawang.

Sejak pendedahan itu, kediaman Susanah tidak henti-henti dikunjungi orang ramai dan pengamal media. 

Tinjauan di lokasi mendapati garis polis berwarna kuning dipasang pada bumbung teras rumahnya serta pos kawalan di lorong masuk ke kawasan perumahan tersebut. AGENSI

The post Rumah pengupas bawang ‘viral’ dipasang garis polis appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved