Tiada kes Jalur Gemilang terbalik di Klang Utara

LocalPolitics
19 Aug 2026 • 12:06 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tiada kes Jalur Gemilang terbalik di Klang Utara

KLANG – Tiada kes pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik dilaporkan di Klang Utara setakat ini, termasuk di premis industri.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menjalankan pemantauan dan rondaan berterusan di kawasan perumahan serta perindustrian bagi memastikan bendera dipasang dengan betul.

“Sehingga kini, kita tidak menerima kes bendera terbalik di Klang Utara dan keadaan masih terkawal.

“Namun, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui pada program Flag Off Hari Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Kapar di sini, pagi ini.

Kosmo! kelmarin melaporkan seorang pengawal keselamatan warga Nepal serta dua wanita tempatan berusia 34 dan 48 tahun bagi membantu siasatan berhubung sebuah premis perindustrian di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kulai yang memasang Jalur Gemilang dan bendera Johor secara terbalik.

Ramsay berkata, semua pihak termasuk warga asing perlu menghormati Jalur Gemilang dengan memastikan pemasangannya mengikut peraturan ditetapkan.

“Jika berlaku kesalahan, polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Tiada kes Jalur Gemilang terbalik di Klang Utara appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved