Rumah Penuh Kucing Tapi Tetap Segar, Ini Air Purifier Pertama Yang Direka Untuk Owner Kucing

Home & LivingPets
26 Jan 2026 • 11:11 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Rumah yang dihuni bersama kucing sering kali dikaitkan dengan bau kurang menyenangkan. Busuk, kepam, bulu merata-rata. Memang tidak selesa dihuni, apa lagi untuk keluarga dengan anak kecil dan warga emas.

Inovasi terbaru dari LG ini pasti buatkan pemilik si bulus tersenyum lega. Penulen Udara LG PuriCare AeroCatTower adalah penyelesaiannya.

Penulen udara 4 dalam 1

Direka sebagai penulen udara premium 4 dalam 1 untuk kediaman yang memiliki kucing. Selain sebagai fungsi utama, Penulen Udara LG PuriCare AeroCatTower juga berfungsi sebagai Kubah Kucing, Menara Kucing dan Penimbang Berat.

Model ini dibangunkan dengan pemahaman yang mendalam tentang tingkah laku kucing dan cabaran kualiti udara yang unik dalam rumah haiwan peliharaan.

image is not available

Menurut maklumat pasaran terkini, Malaysia menunjukkan peningkatan ketara dalam

pemilikan haiwan peliharaan, 51% rakyat Malaysia mempunyai haiwan peliharaan dan hampir 78% kediaman di Malaysia yang mempunyai seekor kucing  

Trend yang semakin meningkat ini telah mewujudkan permintaan untuk penyelesaian rumah

yang menangani kualiti udara dan keselesaan haiwan peliharaan. Dengan itu, LG memperkenalkan produk inovatif ini di pasaran Malaysia yang mampu memenuhi keperluan terkini.

Kenapa Penulen Udara LG PuriCare AeroCatTower patut jadi pilihan

image is not available

Tempat Duduk Kubah Berhaba

image is not available

Tempat duduk kubah yang dipanaskan mencipta tempat rehat yang hangat dan menarik dengan dua tetapan haba 34°C untuk anak kucing dan 39°C untuk kucing dewasa.

image is not available

Turut disertakan dua mod termasuk Mod Pengesanan Haba yang diaktifkan apabila kucing itu duduk dan Mod Hangat Konsisten untuk kehangatan yang stabil.

4 tetapan masa terbina dalam tempat duduk ini iaitu 30 minit, 8 jam (tetapan lalai),  1-12 jam serta 7 hari.

Rekaan selamat

Tempat duduk berbentuk dome dengan bahagian depan rendah dan bahagian belakang tinggi menyediakan tempat selamat dan membolehkan si manja memerhati kawasan sekeliling.

Platform bertingkat

image is not available

Selain berfungsi menstabilkan penulen udara agar tidak mudah tumbang, platform ini juga membantu kucing berusia dan baka berkaki pendek untuk memanjat.

Butang tersembunyi

image is not available

Hanya pemilik kucing sahaja tahu betapa ‘nakalnya’ anak bulus masing-masing. Bagi mengelak operasi secara tidak sengaja disebabkan kucing terkejut sehingga menekan butang, segala butang disorokkan di bahagian bawah.

Penulenan udara dengan aliran udara 360° 

Sistem penulenan udara ini dilengkapi dengan aliran udara 360° dengan lapisan penapis

HEPA yang mampu mengurangkan sehingga 99% bulu dan dander haiwan peliharaan

serta zarah penyebab bau. 

Teknologi UVnano mampu menyingkirkan sehingga 99.99% bakteria dan virus berbahaya pada bilah kipas, manakala pra-penapis yang mudah ditukar dapat menangkap zarah lebih besar seperti bulu haiwan dan debu serta mudah dicuci atau digantikan untuk memastikan prestasi optimum.

image is not available

Penulen Udara LG PuriCare AeroCatTower dilengkapi Penapis V pet yang direka untuk mengurangkan bulu haiwan, alahan dan bau.

Penapis ini berfungsi menangkap zarah besar seperti bulu haiwan dan debunga serta mudah dibersihkan atau diganti untuk memastikan prestasi optimum.

Penapis HEPA pula menangkap 99.999% zarah sekecil 0.01μm. Penapis Penyahbau menyahkan bau rumah, jerebu dan bahan kimia di udara.

image is not available

Cahaya UV Nano menghapuskan lebih 99.99% bakteria dan virus berbahaya seperti bilah kipas, memastikan persekitaran bersih.

Tak perlu risau lagi dengan masalah alahan dengan adanya Penjagaan Alahan yang menghapuskan sehingga 99% alergen daripada debunga, habuk hama, anjing dan kucing.

Kipas turbo berkelajuan tinggi selama 20 minit secara berkesan menghapuskan 99.9% bulu kucing di udara.

Mod rehat kucing

image is not available

Dalam Mod Rehat Kucing, AeroCatTower menulen udara secara senyap serendah 21dB, menyesuaikan operasi mengikut tetapan untuk mengurangkan bunyi ketika kucing berehat.

Penjejakan penjagaan haiwan peliharaan

image is not available

Menjejak dan memantau berat serta waktu rehat kucing bagi memastikan kesihatan kucing menerusi ThinQ app.

Perubahan pada berat dan waktu rehat secara drastik boleh memberi gambaran awal kepada pemilik mengenai risiko kesihatan seperti obesiti pada kucing.

Kawalan dengan satu sentuhan

image is not available

Kawal Penulen Udara LG PuriCare AeroCatTower menggunakan app LG ThinQ serba mudah. Semuanya lebih mudah di hujung jari.

Apa yang boleh anda buat menggunakan app LG ThinQ? Jangan tak tahu, ada banyak fungsi app ni tau antaranya:

-Hidupkan/matikan Penulen Udara LG PuriCare AeroCatTower

-Pantau berat dan waktu rehat kucing

-Periksa kualiti udara

-Tetapkan timer

-Kawal kelajuan kipas

-Hidupkan/matikan pemanas

-Hidupkan/matikan mod rehat kucing

-Hidupkan/matikan UVnano

Cara daftar app LG ThinQ

Masih tiada app LG ThinQ? Ikuti langkah mudah ini untuk mendaftar:

1. Cipta akaun LG baru atau log masuk akaun tersedia.

2. Masukkan Penulen Udara LG PuriCare AeroCatTower ke dalam peranti

3. Akses ke Penulen Udara LG PuriCare AeroCatTower menerusi app LG ThinQ

Langgan Penulen Udara LG PuriCare AeroCatTower ini serendah RM70 sebulan untuk langganan layan 7 tahun. Juga didapati dalam pelan layan diri 5 tahun pada harga RM100 sebulan.

Model ini juga boleh didapati dengan pembelian penuh pada harga RM3,200. Untuk maklumat lanjut, klik DI SINI.

The post Rumah Penuh Kucing Tapi Tetap Segar, Ini Air Purifier Pertama Yang Direka Untuk Owner Kucing appeared first on Oh! Media.