Rumah Tangga Didakwa Sedang Goyah, Ini Respons Shuk Sahar…

12 Aug 2024 • 11:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Perkongsian isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh di platfrom Thread mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya mendakwa rumah tangga mereka sedang goyah.

Menyesal Kahwin

Menerusi perkongsian tersebut, Fara seakan-akan memberitahu dia berasa menyesal berkahwin dan berharap Shuk akan melepaskannya selepas menyedari kenyataan yang dikongsikan itu.

 

Bagaimanapun, perkongsian luahan Shuk di Instastory miliknya seakan-akan memberi gambaran mengenai rumah tangga mereka.

Tak Cerita Buruk

Shuk berkata dia tidak pernah bercerita buruk mengenai pihak lain sepanjang hidupnya malah orang ramai juga boleh menggunakan akal fikiran untuk menilai.

 

“Seumur hidup aku tak pernah bercerita buruk tentang orang. Harap orang boleh guna akal dan fikiran untuk menilai,” tulis Shuk secara ringkas.

 

Terdahulu, Fara juga dilihat membalas salah satu komen netizen dengan menafikan dirinya menjadi punca perceraian suaminya dengan bekas isteri, Rossa Sera.

 

Malah, Fara mendakwa pelawak itu juga mempunyai wanita lain ketika itu selain bersikap panas baran sehingga menolak untuk pergi bertemu pakar kauseling untuk masalah rumah tangga mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved