Rumah Tangga Selebriti Terkenal Dikhabarkan Bermasalah, Netizen Spekulasi Kehadiran Orang Ketiga

EntertainmentLifestyle
17 Aug 2024 • 1:10 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Khabar angin mengenai krisis rumah tangga satu pasangan selebriti terkenal kini mula tular dalam kalangan netizen. Pasangan suami isteri yang sering menjadi perhatian ini dikatakan sedang berdepan masalah akibat kehadiran orang ketiga.

Walaupun sebelum ini pasangan tersebut menafikan sebarang masalah dalam perkahwinan mereka dan menegaskan bahawa segalanya baik-baik sahaja, spekulasi terus berlegar-legar.

Menurut sumber, seorang individu mendakwa suami kepada seorang pelakon jelita itu telah menjalin hubungan sulit dengan rakan baik isterinya sendiri.

Lebih mengejutkan, rakan baik yang dikaitkan itu juga merupakan perunding imej bertudung kepada aktres popular tersebut.

Individu itu turut mendakwa bahawa hubungan sulit ini bermula sejak Februari lalu.

image is not available

Di ruangan komen media sosial, ramai netizen mula membuat andaian dan spekulasi sendiri. Beberapa nama pasangan selebriti terkenal tanah air turut disebut-sebut oleh warga maya yang cuba meneka siapa pasangan yang dimaksudkan.

Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pasangan selebriti tersebut mengenai dakwaan ini.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Portal