Rumah terbakar: Hidu asap, cedera punca 3 sekeluarga maut

20 Sep 2026 • 9:07 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Rumah terbakar: Hidu asap, cedera punca 3 sekeluarga maut

IPOH – Bedah siasat mendedahkan punca kematian dua mangsa kebakaran rumah teres dua tingkat di Persiaran Desa Tambun 4, Taman Desa Tambun di sini awal pagi tadi adalah kecederaan berkaitan kebakaran.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, hasil bedah siasat yang dilakukan itu juga menunjukkan seorang lagi mangsa maut akibat terhidu asap.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya di sini hari ini.

Media hari ini melaporkan seramai tiga mangsa maut dalam kejadian kebakaran tersebut dengan dua daripada mangsa adalah pasangan suami isteri warga emas dan seorang lagi merupakan cucu mereka.

Mangsa dikenal pasti sebagai Raja Ahmad Raja Ali, 70; Zaitun Mohamed, 64, dan Nik Abdurrahman Azimin Harith Helal, 18.

Sementara itu, Muhammad Najib berkata, kebakaran rumah teres dua tingkat tersebut berlaku kira-kira pukul 3.53 pagi.

“Susulan maklumat diterima, polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah hadir ke lokasi kejadian bagi mengawal keselamatan dan menjalankan operasi pemadaman.

“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada kira-kira pukul 6 pagi. Kejadian tersebut mengakibatkan tiga mangsa, iaitu seorang wanita berusia 64 tahun serta dua lelaki masing-masing berusia 70 dan 18 tahun, disahkan meninggal dunia,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan serta menghormati sensitiviti keluarga mangsa. – KOSMO! ONLINE

The post Rumah terbakar: Hidu asap, cedera punca 3 sekeluarga maut appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved